Sunday, August 14, 2011

Apa perasaan anda...

sebenarnya tak tau nak update apa..rasa macam 'rumah' ni bersawang je..mana taknya, cik DN busy dengan manik...selagi manik tak siap takleh le nak buat apa-apa ulasan..pastu tetiba macam xde ayat je nak buat ulasan *alasan hehehe* tapi ari ni tengah nak tunggu waktu berbuka ni tetiba cik DN rasa nak update lak...pasal apa? pasal baca novel atau buku la...
apa ek perasaan korang kalau korang baca blurb novel tu best aje dan korang pun beli..kemudian bila korang dah baca..mungkin baru beberapa muka surat atau dah separuh jalan atau dah habis baca, korang rasa "apsal la cite dia gini"..atau "napa la cite ni macam ni?"..cik DN kadang-kadang kalau baca novel yang tak 'sentap jiwa' memang tak best...cik DN suka baca novel yang boleh buat jiwa dan perasaan cik DN 'sentap'..kalau dah 'sentap' tu memang novel atau jalan cerita tu 'masuk' la dengan jiwa cik DN..cik DN tak berapa suka nak baca cerita-cerita remaja atau cerita-cerita dewasa tapi meleret-leret..rasa macam buang masa je...cik DN penah baca satu novel ni *ampun tak ingat tajuk tapi macam ada je dalam list 50 novel yang dah cik DN baca tu*...cite dia masa mula ok la..tapi pastu asyik ulang macam babak/adegan yang sama cik DN jadi bosan tapi cik DN habiskan juga la walaupun rasa bosan sebab nak cukupkan target..napa ek..cik DN tau bukan senang nak tulis atau nak hasilkan sesebuah novel yang boleh memenuhi kehendak pembaca tapi cik DN rasa kalau novel tu belum layak untuk diterbitkan atau macam tak ada identiti sendiri tak payah la terbitkan..pihak yang bagi sokongan untuk terbitkan tu pun agak-agak la..jangan la syok sendiri..jangan la sebab nak nama u all kena sebut dan nak dapat credit dari penulis yang baru nak hasilkan novel tu u all rekomen kan juga novel tu walaupun novel tu tak berapa nak best..editor dan penerbit pun tak buat pilihan ke? atau just nak cari untung...pada cik DN, nak beli novel tu guna duit dan bila cite tak best, duit pun dah kuar banyak memang geram je rasa...tapi jangan la sebab korang rasa korang ramai peminat online makanya cerita korang mesti dijadikan buku..jangan la gitu..kang buat 1 buku je pastu takde buku dah..*harus ada orang marah dengan ayat cik DN ni hehehe* tapi bukan semua penulis online tu buku atau cite dia tak best..ada yang best dan bila dibukukan memang meletup...

eh..ok la nak berbuka dah..jumpa lagi..korang leh komen..tapi kalau tekan komen dan komen tak kuar bawa bersabar ye sebab cik DN set supaya komen kat blog ni cik DN baca dulu..kalau tak sesuai cik DN tak publish tapi setakat ni sapa je komen semua cik DN publish :)

SELAMAT BERBUKA...

2 comments:

  1. ada2 memang ada berlaku...memang rasa 'menghabiskan beras' aje! Bukan murah nak beli novel, lepas tu dapat...alahai!

    ReplyDelete