Wednesday, February 23, 2011

Penaja Utama Cabaran 50 Buku / Jom 'Lomba' Baca

Berita baik untuk kawan-kawan yang suka membaca buku atau novel....tak disangka-sangka C50N (Cabaran 50 Novel) yang sekarang dah jadi Cabaran 50 Buku (utk skop yang lebih luas) atau Jom 'Lomba' Baca menarik perhatian satu penerbitan ni untuk memberi tajaan yang berupa hadiah yang lumayan juga pada aku...nak tau? Teruskan membaca entri ni ye...

Cabaran 50 Buku
Anjuran
ULAT BUKU
Sepuluh Hadiah Bulanan:
10 buah buku Jemari Seni Sdn. Bhd. terbitan terkini untuk sepuluh resensi buku pilihan.

Hadiah Utama:

Hadiah Pertama
(a) Baucar bernilai RM200 untuk membeli buku di Toko Buku JS
(b) Hadiah hamper barangan solek bernilai RM200 – Body Shop
(c) Koleksi kerongsang bernilai RM100 daripada Pulau Nami 

Hadiah Kedua
Baucar bernilai RM150 untuk membeli buku di Toko Buku JS

Hadiah Ketiga
Baucar bernilai RM150 untuk membeli buku di Toko Buku JS

* * *

Syarat-syarat:

(a) Cabaran 50 Buku - ‘ Jom Lomba Baca’ terbuka kepada semua pembaca buku di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia (sila lawat laman sesawang http://ulatbuku-06.blogspot.com/ )
(b) Anda boleh mengulas buku apa sahaja daripada mana-mana penerbit pun, serta daripada apa-apa genre juga.
(c) Buku pilihan mestilah menggunakan bahasa Melayu dan ulasannya juga menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya.
(d) Anda berhak menerima cenderahati bulanan berupa sebuah buku daripada Jemari Seni Sdn. Bhd. sekiranya ulasan anda terpilih sebagai resensi pilihan bulanan.
(e) Pilihan resensi terbaik bergantung pada bagaimana anda dapat meyakinkan pembaca, buku tersebut patut dimiliki. Ini tidak bermakna anda tidak boleh mengkritik cuma komen serta saran yang positif adalah lebih digalakkan.
(f) Resensi pilihan bulanan akan dicalonkan untuk hadiah utama hujung tahun selari dengan tamatnya Cabaran 50 Buku – ‘Jom Lomba Baca’
(g) Walau bagaimanapun, pengasas (Wan Amalyn) dan kakitangan Jemari Seni Sdn Bhd tidak layak untuk menerima hadiah utama.
(h) Hadiah akan dikirimkan melalui pos.

Jom Lomba Baca!!!

No comments:

Post a Comment