Tuesday, September 14, 2010

Kristal Kristal - Misdhiaz - Jemari Seni

Someone to love... is DR Luv...

Kristal Kristal (K2) hasil tulisan Misdhiaz adalah sebuah cerita yang menarik...tambah menarik apabila di setiap permulaan bab ada kata-kata indah yang puitis..ayat dia cantik...tak tau macam mana nak cerita tapi memang best la cerita ni...kisah cinta ke? memanglah kisah cinta sebab kalau novel tu takde kisah cinta, macam dah kurang menarik tapi ini bukan cerita cinta yang macam biasa rasanya...cerita ni ada banyak iktibar yang boleh kita ambil untuk dijadikan panduan...mungkin juga KK based on true story tapi memang la cerita-cerita novel tu berdasarkan cerita betul cuma mesti penulis dah olah mengikut kesesuaian....Dalam K2 kita dapat berkenalan dengan Kasih Iris Arshad, Dzul Raimi, Ray, Hakeem, Daris, Nia, DR Luv dan ramai lagi lah..

Moral of the story dari K2 ni...
1. Kalau kita suka kat seseorang, tolong lah luahkan...kalau tak diluahkan macam mana la orang yang kita suka tu tahu kita suka kat dia..tolak ke tepilah sekejap ego tu kalau takut luahan perasaan kita ditolak *boleh ke ni hehe*

2. Janganlah kita dendam dengan kawan kita dan menikam dia dari belakang...mungkin lah akan terjadi kita dan kawan kita suka pada orang yang sama tapi janganlah sampai kita berdendam dan lepas tu nak balas dendam tikam dia dari belakang....kita kenalah terima hakikat yang kita mungkin takde jodoh dengan orang tu kalau dah kawan kita pun suka juga dan orang tu pilih kawan kita

3. Jangan buat perkara yang tak elok especially yang dilarang oleh agama seperti zina..jangan ikut perasaan sebab bila terlalu ikutkan perasaan macam-macam perkara tak elok akan berlaku

4. Jujur dan berterus-teranglah tentang sesuatu...mungkin ia pahit untuk ditelan tapi lebih baik dari kita menipu kemudian orang yang kita tipu tak boleh nak terima semua tu sebab kita dah tipu dia

5. Jangan kita bergaduh adik-beradik tentang sesuatu macam harta ke apa ke..seeloknya berbincang supaya tidak timbul rasa marah dan dendam dan juga supaya perkara tu tak berlarutan hingga beberapa keturunan...

~ tahniah misdhiaz...K2 memang best..saya suka cuma saya tak sangka begitu akhirnya tapi saya akui itu memang akan terjadi dalam kehidupan yang sebenarnya..walaupun hanya cerita dalam novel tapi tak mustahil ia juga berlaku dalam alam realiti.....saya dah excited sangat masa Iris hantar Ray ke airport tu..saya bayangkan bila Ray balik dia akan kawin dengan Iris tapi saya memang tak sangka yang Iris akan pergi tinggalkan Ray...saya sedih sangat...jangan tak tau...saya menangis tau last tu...sepanjang baca K2 walaupun ada juga mcm part tersentuh hati dalam bab lain, saya takde la rasa nak nangis cuma macam sebak je tapi bila Iris meninggal, saya memang sedih...bertambah laju air mata bila baca bab 79 dan epilog...tak tahan..tapi apa pun K2 memang best....saya tunggu next novel awak.....

3 comments:

  1. Salam Jihan,

    K2 bukan kisah benar tapi memang betul garapannya dari dunia sebenar kita (of course). Selain apa yang dilalui penulis sendiri, apa yang dilihat dan didengar itulah punca idea kami untuk jadikan kisah tu benar2 'real' di hati pembaca. Bukan setakat rekaan yang membuta tuli tanpa kaji.

    Terima kasih tak terhingga untuk ulasan membina ;)

    InsyaAllah akan terus memberi yang lebih baik selepas ini (sedang menulis novel kedua)

    Mohon izin untuk letak entri ni di blog dhiaz ye :)

    ReplyDelete
  2. ulasan Jihan memang saya sokong. walaupun sudah meninggalkan dunia bacaan novel hampir 2 dekad (kerana bergelumang dengan bahan bacaan ilmiah), tetapi KK mampu menarik naluri saya untuk terus menyelak ke mukasurat terakhir. tahniah Misdhiaz!

    ReplyDelete
  3. to Misdhiaz: boleh aje...silakan :D

    to mummy : TQ kerana bersetuju dengan komen saya :D

    ReplyDelete