“Kembalilah kerana kau adalah sebahagian dari diriku”
Aku Mahu Kamu (AMK) membawa kita berkenalan dan mengikuti kisah hidup Qisya Khaleesa & Ziyad Fallah.
Perkenalan antara Qisya dan Ziyad bermula dengan perbalahan diikuti dengan isiden Qisya ‘mencuri’ pen oren milik Ziyad. Pertemuan antara mereka tak pernah kalau tidak bertekak namun akhirnya perbalahan mereka yang sentiasa tegang itu menjadi agak kendur apabila Qisya terpaksa meminta jasa baik Ziyad untuk menjadi ‘buah hati’nya untuk menyelamatkan diri dari bekas buah hatinya, Syakir yang telah berkahwin tetapi ingin kembali bersama Qisya. Ziyad yang mula sedar bahawa dia mula sukakan Qisya dengan senang hati bersetuju untuk menjadi ‘buah hati’ Qisya tetapi dengan syarat dan Qisya yang terdesak menerima syarat tersebut dengan berat hati. Dia tidak ada pilihan melainkan menerima syarat yang diberikan oleh Ziyad jika dia ingin Ziyad membantunya.
Mulanya hanya berlakon menjadi buah hati akhirnya mereka betul-betul menjadi buah hati. Tanpa mengambil masa yang lama, Ziyad melamar Qisya dengan pen oren yang pernah menjadi perebutan antara mereka berdua. Sebulan selepas itu, Qisya Khaleesa sah menjadi isteri kepada Ziyad Fallah.
Keharmonian rumahtangga yang dibina semakin bertambah dengan kelahiran putera sulung yang mereka namakan Faiq Fallah. Kehadiran cahayamata itu benar-benar membuatkan hidup Qisya dan Ziyad lebih bermakna. Namun, kegembiraan, kebahagiaan dan keharmonian rumahtangga mereka hanya sempat bertahan 2 tahun apabila Faiq Fallah kembali menemui Penciptanya. Qisya tidak menyangka bahawa sikap pelik yang ditunjuk oleh Faiq Fallah kepadanya sebelum kejadian memilukan itu merupakan petanda bahawa Faiq Fallah akan meninggalkan dia dan Ziyad. Ziyad tidak percaya dan tidak dapat menerima kematian Faiq. Dia begitu kecewa dengan kematian Fais dan lebih memeritkan apabila dia meletakkan 100% punca kematian Faiq Fallah ke atas bahu Qisya. Qisya yang selama ini menatang Faiq bagai minyak yang penuh dituduh cuai oleh suaminya sendiri. Sejak itu, Ziyad tidak lagi mengambil berat tentang Qisya. Dia hanya melayan perasaan sedih kehilangan Faiq tanpa memikirkan bahawa Qisya juga turut berduka dengan kejadian yang menimpa keluarga mereka. Akibat terlalu kecewa dengan sikap Ziyad, Qisya akhirnya mengambil keputusan untuk pulang ke kampung orang tuanya kerana bagi Qisya, tidak ada makna dia tinggal serumah dengan Ziyad jika Ziyad terus tidak mempedulikannya. Bagi Qisya, Ziyad mungkin akan menjadi bertambah baik jika dia keluar dari rumah itu. Dia memohon izin Ziyad namun tiada respon yang diberikan oleh Ziyad. Akhirnya walaupun tanpa izin, Qisya tetap nekad namun, sebelum melangkah keluar, Qisya masih berharap agar Ziyad mengatakan sesuatu untuk menghalang dia pulang ke kampung namun apa yang diharapkan tidak berlaku. Tanpa Qisya sangka, rupanya dia mengandung dan ketika di kampung dia cuba menghubungi Ziyad untuk memaklumkan perkara tersebut namun dia cukup kecewa kerana tidak pernah sekalipun Ziyad menjawab panggilannya atau menghubunginya lalu Firyal Ibtisam dilahirkan tanpa perhatian suami. Qisya berharap dengan kelahiran Firyal, dia dapat menebus kesalahannya terhadap Ziyad yang dianggap lebih mementingkan anak dari isteri sendiri lalu Qisya nekad untuk menyerahkan Firyal Ibtisam setelah habis berpantang 44 hari. Dia berharap, kegembiraan akan kembali dalam hidup Ziyad setelah Firyal sebagai pengganti Faiq nanti.
Ziyad mengambil Firyal sebagai anak angkat apabila menemui anak itu di hadapan pintu pagar rumahnya. Kehadiran Firyal nyata membuahkan kegembiraan namun Ziyad turut terkesima kerana wajah Firyal mengingatkan dia kepada dua orang insan yang amat disayanginya. Akhirnya, untuk membuang syak dihatinya, Ziyad menggagahkan diri untuk pergi ke rumah mentuanya untuk memastikan bahawa anak itu anak dia dan Qisya namun dia terlambat kerana Qisya sudah membawa diri dan mentuanya menafikan bahawa Qisya mempunyai seorang lagi anak.
4 tahun berlalu, akhirnya rahsia yang cuba disimpan oleh terbongkar kerana ada saksi yang nampak dan mengenali Qisya ketika dia meletakkan Firyal di hadapan rumah Ziyad dulu. Ziyad tekad untuk mendapatkan kembali Qisya namun pada masa yang sama, ada seseorang yang begitu mengharap untuk menjadi isterinya dan juga ada seseorang yang inginkan Qisya sebagai isteri.
Apakah kesudahan Aku Mahu Kamu? Dapatkah Ziyad dan Qisya bersatu kembali sebagai suami isteri seterusnya sama-sama membesarkan puteri mereka, Firyal Ibtisam atau sebaliknya?

Kataku :
Aleya Aneesa (AA) masih mengekalkan tema cinta dan keluarga dalam novelnya. Tahniah untuk AA atas kelahiran Aku Mahu Kamu (AMK).
Secara keseluruhan, aku puas hati baca AMK…jalan cerita yang jelas serta tidak meleret-leret (walaupuan ada beberapa perkara yang macam tak berapa nak logic dalam AMK) membuatkan aku mengkategorikan AMK sebagai ‘tak boleh letak’…maknanya bila dah mula baca, tak boleh stop, kena habiskan sebab bila kita stop, apa yang kita ‘rasa’ semasa kita membacanya akan terhenti jua. Aku cukup terhibur dengan perbalahan antara Qisya dan Ziyad dan aku juga turut menjadi ratu air mata tatkala keluarga itu dirundung kesedihan dengan kematian Faiq Fallah. AA ada bertanya “antara Qisya dan Ziyad siapa yang paling menderita kehilangan anak?”..kalau jawapan logic, pastinya Qisya sebab selepas dia ‘hilang’ Faiq, dia juga ‘hilang’ Firyal..tapi kalau nak jawapan loyar buruk, mestilah pembaca yang lebih menderita sebab pembaca perlu menyelami hati Ziyad yang kehilangan Faiq Fallah dan juga menyelami hati Qisya yang kehilangan 2 orang anak, Faiq Fallah dan Firyal Ibtisam…
Untuk peminat novel dan peminat AA, rugi rasanya kalau tak baca AMK dan tak dijadikan koleksi…

mse bce novel ni best sgt
ReplyDeletenovel ni pemberian kwn mse bufday
mlm 2 tros bce novel AMK
smpai habis
selagi x abiz mcm ade magnet yg menarik kat bku 2 spye bce till the end
air mate sedih
ketawe
jd sebati bce novel ni
AA mmg best
ieda ~ novel AA mmg best n saya tak penah tak beli n baca novel AA :)
ReplyDelete