Tuesday, February 2, 2010

Sebab-sebab yang menarik seseorang untuk membaca sesebuah novel....

Ini sekadar pendapat peribadi aku...orang lain mungkin ada pendapat tersendiri so, please jangan bertelagah pasal pendapat aku ni ye…(“,)

PENULIS…kehebatan atau popularity penulis itu sendiri menjadi sebab kenapa aku nak baca sesebuah novel tu….mungkin akan ada yang mengatakan ‘tak semestinya penulis popular buku best’ tapi pada aku yang memang minat baca novel popularity penulis itu penting juga especially bila dia ada peminat dia sendiri…bonus bagi dia sebab peminat dia tetap akan beli novel tulisan dia walaupun mungkin ada ketikanya novel dia tulis tu tak berapa menyengat atau tak berapa nak masuk dengan jiwa kita sebagai pembaca…

COVER NOVEL…ni pun main peranan gak…memang la ada pepatah kata ‘don’t judge the book by it cover’ tapi aku tetap rasa cover tu penting dan main peranan…sebab cover tu la yang kita nampak mula-mula sekali masa nak beli novel..kan? aku ni kalau beli novel, tak suka tengok cover yang serabut-serabut…penuh dengan gambar tapi tajuk novel dan nama penulis tenggelam…kalau novel yang cover serabut tu, jarang aku beli dan jarang aku teringin nak baca kecuali novel tu novel penulis yang memang aku ‘follow’…aku suka cover yang simple tapi menarik…dan aku tak nafikan yang kadang-kadang aku terpengaruh dengan cover novel tu jadi aku beli novel walaupun bila dah baca, citenya amatlah tidak masuk dengan jiwa….

BLURB…sebelum nak beli satu-satu novel, selain tengok cover, nama penulis, aku juga tengok dan baca blurb novel tu…dan kadang-kadang blurb tu memang mempengaruhi aku untuk membeli seterusnya membaca novel tersebut….

FONT…mesti macam pelik kenapa font main peranan dalam menarik minat aku untuk baca novel…font penting wei…kalau font tu terkecil dah tentu-tentu mata sakit nak baca dan kalau font tu terbesar sangat pun sakit gak mata…jadi size font tu kena yang sedang-sedang aje…type font pun kena ambil kira gak bukan boleh main letak je…ada font yang tak berapa sesuai dijadikan font untuk bacaan terutama untuk novel…

JALAN CERITA…lagi satu perkara penting..kadang-kadang tu tajuk punyala best tapi jalan cerita tunggang-langgang..langsung tak berdaya untuk ‘memakukan’ aku kat tempat duduk untuk habiskan novel tu….aku pernah baca satu novel ni..tajuk bukan main hebat, penulis pun agak-agak hebat la juga tapi cite dia punya la slow dan tunggang-langgang..apa jadi? aku baca buku tu separuh aje pastu aku terus tutup dan letak tepi….yang pasti aku memang tak akan buka dah novel tu…

PENERBIT…hah!! yang ini pun penting gak pada aku…sekarang ni banyak penerbit yang muncul….alaf21, jemari seni, kaki novel, nb kara (sekadar meletakkan beberapa nama)….ada penerbit yang ok tapi penulis tak ok…ada penerbit yang tak ok tapi penulis ok..apa hasilnya? novel tu tak berapa nak ok…jadi kena pastikan yang penerbit ok dan penulis pun ok dan aku pasti novelnya pun ok….aku sebagai pembaca memang amat-amat memilih…tak dinafikan yang aku suka baca novel-novel dari 1-2 penerbit yang agak femes sekarang ni…dari penerbit lain aku kena tengok siapa yang tulis novel tu…kalau penulisnya memang aku ‘follow’ memang aku beli novel tu tapi kalau aku tak follow penulis tu, aku jarang nak membeli novel tu..mungkin ada yang kata ‘tak adil la kalau macam tu, siapa yang nak beli novel-novel yang tak berapa femes tu’…jawapan aku mudah aje….aku pembaca, yang keluarkan duit untuk beli novel tu semua aku sendiri jadi aku berhak untuk memilih novel dari siapa penulis dan penerbitnya…takde siapa boleh halang hehehehe

Erm…itu je kot yang terlintas di fikiran aku buat masa ni…(menaip sambil telinga mendengar suara Melinda & Jim yang masuk dalam body orang lain dan juga jelling-jeling la jugak Melinda tu hehehe)..next time kalau ada lagi yang terlintas di fikiran, aku akan update..oh, ya..teringat pulak…kadang-kadang e-novel pun main peranan gak…kalau kita ‘follow’ e-novel dan kita tahu yang e-novel tu akan jadi versi cetak, kita mesti suka dan akan beli dan baca sebab nak tahu apa endingnya sebab majority e-novel ni cerita dia tak habis sebab penulis nak buat versi cetak…lagi satu, kadang-kadang ada penulis yang tulis dengan banyak penerbit..kadang guna nama sama dan ada jugak yang guna nama lain bagi setiap penerbit yang berbeza tapi bila kita dah bias abaca novel-novel dia, kita macam kenal dia even dia tulis dengan syarikat yang berbeza dan nama yang berbeza (masuk topic ke terkeluar ni hehehe)..apa pun, jangan marah ye…ni pendapat aku dan korang yang membaca n3 aku ni berhak untuk tidak bersetuju dengan apa yang aku letak kat n3 ni tapi aku tak kisah sebab ini pendapat aku…lain orang lain pendapat dan lain ‘rasa’…’rasa’ kita tak mungkin sama walaupun kita membaca novel yang sama (“,)

5 comments:

  1. part cover tu setuju benor hehe
    sekarang ni boleh dikira banyak sangat cover yang cantik, cute sampai mata hijau nak pilih yang mana kih5 ;D

    ReplyDelete
  2. WAH INFO YANG MENARIK NIH. . . MAU TUKERAN LINK bkn Banner ??? KOMENT BLOG KU Komen langsung jgn lewat Shoutmix http://fianmuse.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. aku lak selalu minta reccomendationd ari kawan2..atau baca2 review ttg sesuatu buku tu

    ReplyDelete
  4. sori lambat reply..

    airina ~ tapi jgn tertipu dgn cover ye hehehe

    fian ~ thanks..

    fndrocka ~ itu salah satu cara juga nak tau tntg sesuatu buku :)

    ReplyDelete
  5. ga hanya novel kali ya..baca buku yg lain juga hampir sama...:-)
    http://buku-spiritual.blogspot.com/

    ReplyDelete