Thursday, July 30, 2009

salam/hai semua...

setakat hari ini aku dah habiskan beberapa buah novel..antaranya cinta untuk elyana (misya darlina:alaf21), hujan rindu (anita aruszi: fp), lentera mustika (nisah haron:pts), galeri cinta (ainon zaini:fp), novella cinta (jessy mojuru:cesb)...tapi dalam semua yang aku baca tu aku suka hujan rindu dan lentera mustika...lentera mustika tu hasil penulisan nisah haron...bagi aku memang best...first time aku baca buku nisah haron dan memang tidak menghampakan...untuk next n3 aku akan update tentang hujan rindu dan lentera mustika...yang lain-lain aku tak akan berkongsi rasa sebab aku takut nanti aku terkeluar ayat-ayat yang mungkin tak akan diterima oleh penulisnya..so sekarang ni aku hanya akan review novel-novel yang aku rasa okey dan masuk dengan jiwa...aku tak nak sat lagi ada pulak penulis yang kecik hati sebab aku kata novel diaorang tu tak berapa best..sepatutnya jadi penulis kena terima tapi ada gak yang tak leh terima...

Wednesday, July 22, 2009

Dengan Nama Cinta & Nur Kasih : Bikash Nur Idris

Dengan Nama Cinta (DNC) & Nur Kasih (NK), dua cerita di dalam satu buku....

` DNC menceritakan kisah hidup Sirna, Suria, Aiza, Haryani, Hasif, Hafis, Izam & Fitri sebagai watak utama dan Nazira sebagai watak sampingannya..best juga baca cerita ni...mula-mula cerita tentang Sirna, kemudian masuk pulak cerita tentang Aiza dan last sekali cerita Haryani...bila masa pulak watak-watak Suria, Hafis, Hasif, Fitri, Izam & Nazira ni muncul? ok..camni citenya..

` Sirna kecewa apabila kesetiaannya dikhianati..lelaki pujaannya meninggalkan hanya untuk berkahwin dengan perempuan lain yang lebih muda dan cantik darinya...bertahun lamanya dia menerima umpat keji masyarakat kampung lantaran kejadian itu...kemuncak kesedihan dan kekecewaannya ialah ketika seluruh masyarakat kampung sibuk menolong keluarganya membuat majlis perkahwinan adiknya, Suria...selama ini dia hanya pendamkan rasa sedih dan kecewa tatkala orang kampung menggelar dirinya andartu tetapi kesedihan dan kekecewaan itu terpamer apabila emaknya sendiri mengungkapkan kata-kata pedih itu..namun Allah itu maha adil...Sirna dipertemukan dengan seorang lelaki yang selayaknya menjadi 'raja' dihati, suami seterusnya ayah kepada anak-anaknya...kehadiran Hasif berjaya mengubat hati Sirna sekaligus menutup mulut jahat orang-orang kampung yang menggelarnya andartu...

` Aiza, sahabat baik Sirna...pulang ke kampung bersama Nazira, anaknya yang comel lagi nakal setelah hatinya dilukai oleh lelaki yang amat dicintainya...dia cuba melupakan Izam namun ternyata percubaannya tidak menjadi apabila Izam muncul di kampungnya...macam-macam perkara dia lakukan untuk menjarakkan diri dari Izam namun tidak berjaya apatah lagi Nazira senang dan sayang sangat dengan Izam...

` Nazira ni anak perempuan kesayangan Aiza..juga turut menjadi anak saudara kesayangan Sirna, Suria dan Haryani..dia ni suka buat benda-benda yang diluar jangkaan orang dewasa...jadi pakar bedah katak, lemaskan kucing dalam air semata-mata nak bagi kucing tu berenang macam ikan, ajar kucing menari dan macam-macam lagi...siap ajak Izam pergi ziarah dan bacakan doa kat 'kubur kawan-kawan' dia yang dah 'meninggal' tu...

` Haryani akhirnya menyerah kalah untuk menawan hati jejaka idamannya apabila usaha yang dilakukan untuk menawan hati jejak tersebut menemui jalan buntu...dia kecewa kerana usahanya tidak pernah berhasil...dia mengharapkan agar Fitri menerima dia sebagai seseorang yang istimewa tetapi lelaki itu hanya menganggap Haryani sebagai seorang adik..tambahan pula Haryani adalah adik angkatnya...

` Bagaimana kesudahan DNC?

` NK pula kisah tentang Aryanie...disebabkan satu peristiwa yang memalukan, dia mengambil keputusan untuk memutuskan perhubungan dengan Fairul dan membawa diri ke Pulau Langkawi...Fairul tidak dapat menerima keputusan itu tetapi apabila Aryanie mendesak, dia terpaksa menerima....mulanya keadaan tenang aje tapi bila Ari (adik Aryanie) kembali dari luar negaradan terdengar cerita yang tak habis, keadaan terus jadi kucar kacir..dia berusaha untuk membalas dendam kepada Fairul kerana dia sangka Fairul yang menyebabkan kakaknya jadi begitu....namun dengan tidak disangka-sangka, Fairul turut jatuh hati pada Ari dan Ari juga begitu...dan Fairul telah mengambil keputusan untuk meminang Ari namun disebabkan dendam, Ari sanggup memalukan Fairul pada hari keluarga Fairul datang meminangnya...bagaimana akhirnya?

Erm..sebenarnya aku lagi suka DNC berbanding NK..macam-macam perasaan tercetus masa baca DNC...nyaris-nyaris aku keluarkan air mata masa baca kisah Sirna dan siap aku boleh ketawa sorang-sorang masa baca kerenah Nazira...especially masa dia bawa Izam ziarah 'kubur' dan 'baca doa' untuk 'kawan-kawan' dia yang dah 'meninggal' hehheehe...cumanya mula tu aku macam kurang puas hati dengan cara penulis cerita tentang watak2 heroin tu..rasa macam blur je nak baca tapi aku tak kiasah sebab aku rasa penulis nak buat satu identiti untuk penulisannya..walaupun dia buat macam tu tapi tak jejas jalan cerita...jalan cerita masih dilaluan yang betul...aku tak berapa suka NK sebab aku rasa cerita tu pendek sangat dan tak berapa nak masuk dengan jiwa tapi NK not bad...

Monday, July 20, 2009

Street Vendetta - Mazni Aznita

Street Vendetta membawa aku berkenalan dengan Anabella, Kojie, Iqbal, Tumirah Kuncup, Fakruzi, Nenek Telangkai...siapa diaorang ni?

Anabella - asalnya budak kampung tapi bila keje kat bandar automatik jadi mata duitan, boros dan hipokrit..siap tipu housemate dia..konon-konon dia anak tauke syarikat kapal...dia ni minat kat Iqbal dan sanggup nak pergi Cherating untuk jumpa Iqbal, bagitau yang dia suka sangat kat Iqbal.

Kojie - dia ni keje dengan bank..keje tarik kete sapa yang tak bayar ansuran kete..jenis yang sempoi tapi selekeh...pastu macam lembik je...tak kisah kalau orang buli dia...selalu aje dikenakan orang..

Iqbal - bakal tunang Tumirah Kuncup...dia ni la yang Anabella minat sangat tu..si cinta monyet Anabella..

Tumirah Kuncup - bakal tunang Iqbal..kawan dan musuh Anabella..kenapa jadi musuh pulak? sebabnya dia tau Anabella minat kat Iqbal dan dia juga minat kat Iqbal..tu yang jadi musuh tu...

Fakruzi - dia ni abang Kojie...sikap n perwatakan jauh beza ngan Kojie..

Nenek Telangkai - perempuan tua yang cukup istimewa...boleh baca hati dan fikiran orang..tapi rupa dia buruk sikit sampaikan Anabella dan Kojie dah tersalah sangka pasal dia..


` Anabella bertemu Kojie secara tak sengaja masa Kojie nak 'tarik' kete dia...Anabella ni boros gak sebab dia mengikut lara housemate dia..disebabkan sikap dia tu, dia terlupa nak bayar duit kete..bukan sebulan tapi berbulan-bulan...Kojie ni pulak keje dengan bank dan dia dapat arahan dari boss dia untuk 'tarik' kete Anabella..tapi budak Anabella ni punyalah licik, asyik terkena je Kojie ni...tapi akhirnya 'tertangkap' juga si Anabella ni masa dia nak gi Cherating..konon-konon nak gi pujuk Iqbal supaya tak bertunang dengan Mira..masa tu dia 'terbawa' sekali Kojie pergi dengan dia sebab Kojie tertidur dalam kete dia...

` Masa dalam perjalanan, si Kojie yang baik hati ni tumpangkan sorang nenek tua...nenek tu ni raut wajah dia agak menyeramkan dan Anabella & Kojie memang takut giler dengan nenek ni..siap Anabella baca ayat Quran lagi nak bagi 'hantu' nenek tu hilang...

` Sampai Cherating, macam-macam berlaku...masa tu gak Anabella tahu perkara sebenar tentang Iqbal..terkejut gak dia..puas jugaklah dia nak buat satu keputusan yang penting...dan akhirnya dia buat satu keputusan, nak ikut Iqbal dan tinggal kete dia dengan Kojie...Kojie pulak masa Anabella tinggalkan dia sebab ikut Iqbal, dia ala-ala patah hati sebab kononnya dah 'tersangkut' kat Anabella..masa dok teringat kat Anabella tu dia terjumpa dengan nenek yang tumpang kete ari tu...nenek tu suruh dia balik KL dan terima apa yang akan berlaku selepas ini sebagai takdir hidup dia...nenek tu juga cakap yang dia dan Anabella ada jodoh...so, Kojie pun balik KL...

` Masa berlalu..macam-macam perkara jadi kat Anabella..dengan tak disangka dia terjumpa dengan Fakruzi..mula-mula dia ingat Fakruzi tu Kojie sebab muka hampir sama tapi bila Fakruzi kata dia tak kenal siapa Kojie, Anabella tau dia salah orang..frust jugaklah dia sebab dia macam dah suka kat Kojie...so, apa kesudahannya? dapat ke Anabella jumpa Kojie? Betul ke ramalan nenek tua tentang jodoh Kojie dan Anabella dan siapa pula Nenek Telangkai tu? Erm..kalau nak tau kena baca sendiri...

Pada aku...
cite ni best..mulanya tak confident nak baca sebab tajuk dia tu...tapi aku baca juga setelah dimaklumkan oleh kaknOOr yang SV ni best...tapi memang best pun...macam-macam ada...tak rugi...banyak gak persoalan yang ditimbulkan oleh penulis dalam cite ni tapi semuanya ada jawapan...kesimpulannya memang best la...TAHNIAH buat mazni aznita @ anita aruszi..teruskan berkarya..

Tuesday, July 14, 2009

sedang baca...

sekarang ni walaupun busy dengan pakej P & P, aku masih sempat lagi nak baca novel dan sekarang aku sedang baca 'street vendetta'...terbitan Buku Prima tapi penulis tak ingat...baru beberapa pages tapi aku dapat rasakan yang buku tu best...actually banyak dah buku yang aku baca tapi tak sempat nak buat review..insya-allah lepas habis course ni aku buat review...TQ kepada yang sudi melawat 'dunia-novel'