Thursday, June 11, 2009

Teluki Itu Untuk Aku - Nazawati

Teluki Itu Untuk Aku (TIUA) merupakan novel kedua penulis. TIUA menemukan kita dengan Seri Kurnia, Firdaus Ikram dan Tajul Ajmal. Tiga sahabat yang bersama-sama melakar impian namun mereka hanya merancang. Apa yang mereka idamkan hancur ditengah jalan apabila satu insiden telah terjadi antara Seri Kurnia dan Firdaus Ikram menjadikan persahabatan yang terjalin antara mereka terlerai...Seri dan Firdaus tidak lagi sehaluan lalu Seri membawa diri untuk mencari harga diri yang telah hilang. Setelah sepuluh tahun membawa diri, menimba ilmu, mencari pengalaman kerja dan merawat luka di hati, akhirnya Seri pulang ke Malaysia. Kepulangan Seri ke Malaysia disambut oleh Ajmal yang sentiasa memberi sokongan ketika Seri dalam keadaan 'luka parah'. Seri mula membina kerjaya di Juta Bumi . Dia mengharapkan pengalaman kerja di luar negara dapat membantu tugasnya sebagai arkitek di Juta Bumijuga berharap agar kenangan pahit yang mengguris hati satu ketika dulu dapat dilupakan selamanya. Tetapi dia tidak tahu bahawa dia akan bekerja dengan seorang yang bergelar sahabatnya satu ketika dulu. Pertemuan dengan Firdaus ketika diperkenalkan oleh Tan Sri Kamarul sebagai rakan gandingan dalam menjayakan projek Juta Bumi memberikan tamparan buat Seri namun dia akur yang dia perlu bersikap profesional ketika melaksanakan tugas. Namun, nasib malang masih mengekorinya apabila dia dan Firdaus terperangkap dalam satu insiden yang memalukan...berjayakah Seri dan Firdaus menjernihkan semula hubungan mereka? Bagaimana dengan Ajmal? Mampukah dia untuk terus membantu Seri dan juga Firdaus untuk melupakan kisah silam seterusnya mengikat semula tali persahabatan yang telah putus sekian lama?

` seperti mana aku suka first novel nazawati, second novel ni pun aku suka...jalan cerita tak meleret-leret...santai tapi betul-betul menikam kalbu...macam-macam perasaan ada..rasa nak meletup dada baca cite ni...sampaikan aku terbawa-bawa emosi Seri Kurnia...simpati dengan dia tapi dalam masa yang sama aku kagum dengan ketabahan yang ada pada dia...walaupun Firdaus tu buat macam tu kat dia, dia tetap boleh bertahan tapi setakat mana dia boleh tahan,akhirnya tumpah juga airmata...aku juga benci kat Firdaus tu..apa dia ingat Seri nak ke perkara tu jadi kat dia...then, aku 'tabik spring' dengan Ajmal sebab dia mampu jadi sahabat yang sejati pada Seri..sanggup tolong Seri ketika susah dan senang cumanya aku tak sangka yang Ajmal tu 'macam tu'...kesudahan cite ni memang aku tak sangka tapi aku puas hati dengan ending dia...

` keseluruhan jalan cerita ok cuma aku tak puas hati sikit je..apa sebab Ajmal jadi macam tu? 2-3 kali aku baca TIUA tapi aku tak jumpa juga punca Ajmal jadi gitu..adakah sebab dia ada perasaan pada Seri maka dia jadi gitu? Hah, soalan ni cik penulis kena jawab ek..

` tahniah untuk penulis...teruskan menulis..saya tunggu novel awak seterusnya...

4 comments:

  1. Salam Adhan..

    Terima kasih utk komen tu. Maaflah kalau ada yang kurang ya. masih byk yg nak dibelajarkan lagi ni dalam bidang penulisan. tapi untuk novel teluki ia mmg satu kepuasan. apa yang saya rasa..tulah yg saya dapat berikan.
    oh ya..utk persoakan adhan tu berkenaan ajmal..saya dah jawabnya di blog saya. silalah singgah lagi di blog saya tu.. :-)

    ReplyDelete
  2. salam muaalaikum, nazawati

    saya baru habis baca novel ini, best cerita nya.... tpi saya ada komen sikit.
    diari firadus yg dibaca oleh seri tidak ada menyentuh semasa firadus sakit, dimana seri melayan firadus dengan baiknya. saya berperasaan tentu firadus terusik hatinya diatas kebaikan seri.

    Ajmal pula....penghujung cerita tidak berbaloi diatas kebaikan yang dihulurkan kepada seri sepanjang cerita ini.

    Anyway....good luck for other best novel.

    thanks.

    ReplyDelete
  3. Salam rafiah...

    dairi firdaus ya?
    mcm mana nak ckp ya..
    sebenarnya komen yg mcm ni saya ada terima juga di email saya.
    saya hanya boleh katakan kat sini sebenarnya mmg firdaus ada luahkan perasaan dia dalam dairi masa dia tgh sakit tu.
    dalam manuskrip asal ada.cuma dalam proses suntingan part tu dikeluarkan.
    sebenarnya pihak editor merasakan ada perkara tidak perlu dimasukkan.
    mungkin pembaca boleh membuat andaian sendiri ttg perasaan firdaus sebenarnya.

    *dalam versi asal, perkara tu ia sgt2 menyentuh hati firdaus sesungguhnya...

    Ajmal?uwaaa..tidak ada apa yg boleh dikatakan lagi.watak Ajmal sgt menyedikan hati.mmg tak berbaloi sungguh!kesiannya Ajmal..

    ReplyDelete
  4. lobakbiru : bila nak kuar novel baru?

    rafiah : penulis dah jawab kan :)

    ReplyDelete