Monday, April 27, 2009

bersediakah anda untuk dikritik??

bersediakah anda untuk dikritik? pada siapa soalan itu ditujukan? sebenarnya soalan itu aku tujukan untuk semua orang...kerana setiap orang akan dikritik termasuklah aku tapi masalahnya bersediakah kita untuk menerima kritikan tersebut...ada baik dan buruknya sesuatu kritikan itu...dan aku pasti setiap kritikan itu adalah kritikan yang membangun bukannya untuk menjatuhkan..tidak dinafikan ada juga kritikan yang bertujuan untuk menjatuhkan seseorang tapi mungkin bilangannya kecil...

mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa pulak aku letak cerita sebegini kat blog yang selalunya aku letak tajuk novel & yang berkaitan novel...sebenarnya cerita ni ada kaitan juga dengan novel...ada kaitan dengan kritikan aku terhadap novel yang aku baca...mungkin kritikan aku agak 'kejam' tapi tujuannya cuma satu, aku mahu penulis tahu apa yang aku rasa..mungkin next time dia boleh memperbaiki kelemahan dalam penulisannya..aku tahu betapa susahnya seseorang itu hendak mendapatkan idea untuk menyiapkan sebuah novel yang hampir 400 muka surat tebalnya...tapi sebagai pembaca aku juga berhak untuk memberikan kritikan...maaf, kerana aku tak tahu nak berselindung...aku suka berterus-terang..kalau aku tak suka aku akan kata tak suka dan kalau aku suka, aku akan kata suka...aku harap penulis yang pernah dan akan menerima kritikan dari aku menerima dengan hati yang terbuka tapi kalau terasa hati juga maaf aku pinta...tapi pada aku, kalau anda sudah bersedia untuk menjadi penulis, anda juga harus bersedia untuk menerima kritikan walaupun ia 'pedas' dan 'kejam'...

untuk yang selalu mengunjungi dunia novel, insya-allah dalam masa terdekat aku akan post komen aku tentang novel-novel yang aku dah baca...maaf kerana lately aku agak sibuk..tambah pulak laptop buat hal jadi tergendala semua kerja kritik-mengkritik....tunggu ye..byeee

2 comments:

  1. Salam adhan,
    Kak Durrah masuk sini bukan utk kritik. Cuma nak komen pasal imej baru umah adhan ni... sweet gitu.. he..he. Apapun, ada kritikan positif dan ada sebaliknya. Terpulang kepada pengkritik dan penerima kritik nak menilainya.

    ReplyDelete
  2. Durrah : hehe akak.nk kritik bole je..sy no hal..org lain kot ada hal hehehe

    ReplyDelete