Tuesday, October 28, 2008

Di Langit Cinta - Lily Haslina Nasir - Alaf21

SAYA DLC SUKA SEBAB DLC NOVEL CINTA…HEHEHE… BOLEH RELEASE TENSION :-)

PERKARA YANG SAYA TAK SUKA DALAM DLC NI IALAH (1) TENTANG RAIZ YANG SENANG BUAT JANJI PASTU SENANG PULAK NAK MUNGKIR JANJI DAN JUGA PERANGAI TAK BERANI BERTERUS-TERANG DIA TU (2) MERIAM YANG SUKA BERLAGAK MACAM MEM BESAR PASTU HINA & UNGKIT TENTANG HUTANG FAMILY RAIZ LEPAS DIAORANG KAWIN…(3) TENTANG HANI YANG SANGGUP NAK KERJA KAT KELAB MALAM DISEBABKAN KECEWA DENGAN LELAKI..KALAU YA PUN KECEWA JANGANLAH MENGGADAIKAN DIRI MASUK KE TEMPAT YANG TAK SEPATUTNYA…TAKDE FAEDAHNYA..MENYUSAHKAN DIRI SENDIRI ADALAH…

DIALOG YANG PALING SAYA INGAT IALAH ‘DUDA KAU’ YANG NIKCY SEBUT DALAM BAB 45.

ADA 2 WATAK DALAM DLC YANG PALING BERKESAN DI HATI SAYA… HANI PADA SAYA SEORANG YANG SETIA PADA JANJI CINTA KASIH DAN DIA BERJAYA MENARIK SAYA UNTUK BERSIMPATI TERHADAP APA YANG TERJADI PADANYA…WALAUPUN DIA TAHU RAIZ DAH PUN BERKAHWIN TAPI DIA TETAP MEMEGANG JANJI RAIZ PADANYA DAN TETAP BERHARAP YANG RAIZ AKAN KOTAKAN JANJI ITU..MEMANG DIA MENAFIKAN PERASAAN TU BILA BERDEPAN DENGAN KAWAN-KAWAN TAPI BILA DIA BERSENDIRIAN, DIA TIDAK DAPAT LARI UNTUK TIDAK MENGINGATI DAN MENGHARAPKAN RAIZ KEMBALI KEPADANYA. RAIZ PULAK SAYA RASA BERKESAN SEBAB DIA BERJAYA MENIMBULKAN RASA GERAM DAN MENYAMPAH DI HATI SAYA..GERAM SEBAB SENANG-SENANG JE DIA BERJANJI NAK KAWIN DENGAN HANI TAPI DALAM DIAM-DIAM DIA KAWIN DENGAN MERIAM…PADA SAYA, WALAUPUN DIA KENA KAWIN PAKSA SEPATUTNYA DIA BERITAHU HANI SUPAYA HANI DAPAT MEMAHAMI APA YANG BERLAKU..INI BILA DAH KAWIN, BILA HANI DAH TENGOK DENGAN MATA SENDIRI APA YANG BERLAKU, BARU NAK EXPLAIN…SIAPA YANG NAK TERIMA…KIRANYA RAIZ NI TAK BERANI MANA PUN…WATAK-WATAK LAIN TU PUN NOT BAD…SUSAH NAK DAPAT KAWAN-KAWAN YANG TAK HIPOKRIT MACAM TU…SUSAH SENANG BERSAMA SIAP BOLEH BALAS DENDAM KAT RAIZ MASA HARI SANDING DIA TU..

DCL BERBEZA DENGAN 2 NOVEL SEBELUMNYA TAPI MASIH TETAP MENGEKALKAN TEMA CINTA KASIH SAYANG..PADA SAYA BAGUS UNTUK KEKALKAN TEMA TU SEBAB ORANG SUKA BACA NOVEL YANG TEMANYA SEBEGITU SEBAB PADA SAYA, TUJUAN BACA NOVEL TU NAK TENANGKAN PERASAAN WALAUPUN DALAM NOVEL CINTA KASIH SAYANG NI ADA PART-PART YANG BOLEH MENYEBABKAN DARAH NAIK TAPI ITU TAKPE SEBAB SAYA PASTI ORANG YANG MEMBACA NOVEL CINTA KASIH SAYANG NI PERNAH BERCINTA…TAPI SAYA PERASAN SATU PERKARA YANG LAIN, NOVEL PERTAMA TAK INGAT SANGAT TAPI NOVEL KEDUA TU, LAST DIA ADEENA DAN KAMALI TAK JADI SUAMI ISTERI DAH…ADEENA KAWIN DENGAN ORANG LAIN DAN KAMALI BERBAIK DENGAN FIRST WIFE DIA KAN..DAN DALAM DCL HANI KAWIN DENGAN RAIZ WALAUPUN ASALNYA DIA YANG PERTAMA TAPI DIA JADI ISTERI KEDUA…ITU BEZANYA…

Panggil Aku Dahlia - Noor Suraya - Jemari Seni

- Selama sebelas tahun, mereka berbicara tentang hati dengan bisikan mata sahaja. Selama sebelas tahun ini mereka ‘berbicara’ beralaskan kata ‘percaya’ dan ‘janji setia’ sahaja. -

` saya suka sangat dengan Panggil Aku Dahlia (PAD) sebab jalan cerita yang mudah untuk difahami..segalanya diceritakan dengan ditulis dengan santai jelas..penulis mengupas PAD dengan begitu baik sehingga saya merasakan bahawa Putri Dahlia, Wadi Hannan dan lain-lain benar-benar wujud…sekadar mengambil satu contoh : semasa Dahlia plan nak jadikan rumahnya sebagai rumah rehat…penulis mengupas bagaimana persiapan yang Dahlia lakukan untuk merealisasikan impiannya…dari di mana nak letak sofa, nak letak kaunter untuk customer service hingga apa yang Tasneem nak buat kat dapur, semuanya dikupas dengan teliti..sehingga kan saya yang membaca dapat membayangkan di depan mata susun atur dan suasana rumah teh timor dan seolah-olah saya juga berada di dalam Rumah Teh Timor..membantu Dahlia, Tasneem, Farhan & Mak Bibi…tidak ramai penulis yang memberikan kupasan yang begitu teliti seperti yang dilakukan oleh noor suraya…pada saya inilah keistimewaan karya noor suraya… karyanya ‘hidup’…lagi satu keistimewaan novel-novel noor suraya ialah pantunnya…dalam SUUN ada pantun, dalam PAD pun ada pantun walaupun tak sebanyak pantun dalam SUUN…

` ada beberapa babak & dialog yang menarik hati saya..antaranya (1) “kata orang, kalau kita menangis bila kupas bawang, kita ni pencemburu” – bab 29; betul ke apa yang Mak Bibi cakap tu…saya pun tak tahu tapi yang pasti saya suka dan akan ingat dialog tu sampai bila-bila sebab saya bila kupas bawang mesti akan menangis..agaknya betul la kot saya ni pencemburu hehe (2) “uncle…saya mohon izin, saya saya ingin memperisteri anak perempuan uncle, Putri Dahlia …dalam waktu terdekat” – bab 39; saya suka dialog tu sebab pada saya dengan cara itu Wadi Hannan menunjukkan keikhlasannya untuk menjadikan Dahlia suri hidupnya dan dia seorang yang berani walaupun dia tahu mungkin ayah Dahlia tak akan menerimanya sebab keluarga mereka bermusuhan..

` dalam setiap novel wajib ada watak yang berkesan di hati kita..begitu juga saya..ada 2 watak yang berkesan di hati…siapa? tentulah Putri Dahlia Megat Qais & Wadi Hannan Datuk Ma’arof…kenapa? Sebab pada saya Dahlia seorang yang tenang walaupun dia dan keluarganya diberi dugaan yang agak hebat apabila ibunya dituduh membunuh diri dan sebahagian daripada kebun Teh Timor milik keluarganya dirampas oleh keluarga Wadi Hannan yang mahu memperluaskan lading Teh Sutra gara-gara dendam zaman berzaman…Dahlia juga sabar menanti Wadi Hanna selama 11 tahun kerana dia percaya bahawa dia dan Wadi Hannan telah ditakdirkan untuk hidup bersama…Wadi Hannan pulak masa sekolah teramatlah jahat (kata dahlia) sebab suka sangat mengusik Dahlia sehingga meninggalkan kesan parut kekal di dagu Dahlia…tapi bila dewasa Wadi jadi seorang yang penuh diplomasi dalam menangani urusan ‘merampas’ kebun Teh Timor milik keluarga Dahlia…dan dalam diam jatuh ‘chenta’ pada Dahlia…namun dugaan melanda apabila mendapat tahu ayahnya telah membuat onar beberapa tahun lalu menyebabkan dia malu untuk berhadapan dengan Dahlia..namun kesetiaan Wadi Hannan tak boleh dipertikaikan lagi kerana sepanjang 11 tahun dia tetap berpegang pada janji untuk hidup bersama Dahlia…(ada ke lagi dalam dunia reality ni lelaki macam Wadi Hannan ni?)

` antara pantun yang ada dalam Panggil Aku Dahlia;

Anak napuh mati terpancung,
Ambil matanya kedua-dua,
Biar disempuh emas lancing,
Kilat tembaga tampak jua.

Endak dulang diberi dulang,
Dulang berisi bunga lada,
Endak pulang diberi pulang,
Pulang diiringi si air mata.

Kalau tidak kerana bulan,
Bintang tidak terbit pagi,
Kalau tidak kerana tuan,
Saya tidak sampai ke mari.



Monday, October 13, 2008

masa tidak mengizinkan

salam semua...
buat pengunjung blog ini, saya meminta maaf kerana sudah lama tidak meletakkan apa-apa n3 untuk ulasan novel yang telah saya baca...banyak novel yang telah saya baca termasuklah novel-novel terbaru cuma masa tidak mengizinkan untuk saya membuat sebarang ulasan...insya-allah jika diizinkan allah s.w.t saya akan membuat ulasan bila tiba masanya...untuk makluman semua, apa yang saya letakkan dalam blog ini adalah komen peribadi bukannya berniat untuk memburukkan sesiapa atau untuk mengurangkan penjualan novel sesiapa..sekadar memberi pandangan untuk kebaikan semua pihak (pembaca & penulis)...terima kasih kerana sudi bertandang ke sini...saya juga memohon maaf kepada pengunjung yang meninggalkan pesanan ditagboard..saya baca semua tu tapi tak balas je...jumpa lagi..

p/s : nak jawab 1 pertanyaan ni...buku aA+bB;Hlovate boleh dibeli melalui jemari seni.com <--- sila klik