Sunday, March 30, 2008

pesta buku

salam semua...

buat masa sekarang tak sempat nak review apa-apa buku sebab kekangan masa....insya-allah lepas pesta buku nanti saya review buku yang dalam senarai tu dan juga buku-buku yang saya akan borong di pesta buku nanti...

Wednesday, March 12, 2008

akan datang...

dah baca tapi belum berkongsi review...

1. aA+bB - hlovate - jemari seni
2. qaseh qaisy - ramlah rashid - buku prima

3. air mata kasih 2 - shamimi aminollah - cesb
4. suci wajah rindu - zuraidah othman - cesb
5. melodi kasih - hezzy azra - alaf21
6. ungu karmila - ramlee awang murshid - alaf21

Segalanya Untukmu

Tajuk : Segalanya Untukmu
Penulis : Aleya Anessa
Penerbit : Alaf21 Sdn. Bhd.
Harga : RM19.90

Seperti pantai yang terdampar, kurela dihempas selaut gelombang

Segalanya Untukmukisah tentang seorang gadis Jehanna Aisya yang berdendam dengan lelaki. Bagi dia lelaki tu menyusahkan dan dia seboleh-boleh tak nak hidup dengan lelaki. Apa yang terjadi pada ibunya angkara tabiat buruk ayahnya menyebabkan dia tak suka lelaki. Sejak dia bersama abang dan adiknya di hantar ke rumah anak-anak yatim, Jehanna Aisya lebih suka menyendiri tambahan pula abang dan adiknya sendiri meminggirkan dia kerana menuduh dia yang menjadi pembunuh ibu mereka. Jehanna Aisya membesar sebagai seorang wanita yang cekal dan punya pendirian hidup yang tegas. Dia sama sekali tidak ingin bergantung hidup dengan lelaki. Namun takdir mengatasi segalanya. Pertemuan tidak sengaja dengan Fahem Ammar membawa kepada perhubungan yang lebih dari seorang kawan. Memang sudah tertulis bahawa Jehanna Aisya (gadis yang tak inginkan lelaki dalam hidupnya) bertemu jodoh dengan Fahem Ammar (teruna yang tidak ingin perempuan dalam hidupnya). Disangka panas hingga ke petang tetapi hujan ditengahari. Ikatan perkahwinan yang dibina diduga sehingga Jehanna Aisya hilang kepercayaan terhadap Fahem Ammar. Itu semua gara-gara kata-kata gurauan antara Fahem Ammar dan Haled Harmy (abang Jehanna Aisya). Selain itu banyak lagi perkara lain yang menimpa hubungan mereka.

Benarkah kepercayaan itu umpama sebuah kristal, cantik memukau mata, tapi sekali terhempas tak mungkin akan dapat bercantum kembali?

~~o~~

` Karya ke-4 Aleya Anessa (AA). Seperti 3 karya yang terdahulu, Segalanya Untukmu (SU) masih tidak lari dari tema yang mengaitkan cinta dan juga hubungan kekeluargaan. Tema itu saya rasa adalah trademark bagi penulis.

` Pengolahan jalan cerita yang baik, mudah difahami dan tak perlu nak sesakkan fikiran untuk berfikir. Walaupun trademark sama iaitu kekeluargaan tapi SU berbeza sikit. Kalau 3 novel yang dulu, part ‘air mata’ tu dah masuk bab yang tengah-tengah tapi dalam SU, part ‘air mata’ dah keluar seawal bab 9 tapi taklah banyak sangat air mata yang keluar tapi untuk ‘perjalanan’ yang seterusnya memang kena sediakan tisu especially kalau yang membacanya adalah seorang yang sensitive dan mudah mengalirkan air mata. Penulisnya kata masa menulis tak rasa macam sedih pun…mungkin la sebab masa menulis kadang-kadang tak perasan sangat tapi kalau baca terasa kesedihannya.

` AA mengolah watak-watak dengan baik sekali. Watak Jehanna Aisya yang brutal, juga watak Fahem Ammar yang juga kadang-kadang brutal tapi lebih menjaga imej dan juga watak-watak yang lain. Kiranya olahan watak yang dibuat AA berkesan sebab semasa membaca aku terbuai dengan keadaan watak-watak dan ceritanya…kiranya masuk dengan jiwa…cerita ni seolah-olah hidup..masa sedih terasa sedih, masa lucu terasa lucu, masa geram kita akan turut terasa geram dan begitulah seterusnya. Bagi saya, bila kita baca novel dan kita seolah-olah masuk dengan cerita tu, maknanya cerita tu berkesan…bak kata kawan-kawan yang suka baca novel, SU boleh juga dikategorikan sebagai novel yang ‘tak boleh letak’..maksudnya bila dah mula baca mesti nak baca sampai habis…sayang nak letak kalau masih belum habis…

` Itu saja yang ingin saya kongsikan…ini pendapat peribadi jadi kalau ada yang tak berapa setuju dengan apa yang saya kongsikan terpulang pada semua…sesiapa saja boleh bagi pandangan mereka sebab rasa kita berbeza…

` Untuk penulis, maaf andai tak puas hati dengan apa yang saya utarakan..kalau ada yang negative tu anggaplah ia sebagai komen untuk memperbaiki tulisan anda untuk yang seterusnya…apa pun, TAHNIAH untuk kelahiran SEGALANYA UNTUKMU…

Ungu Karmila

Tajuk : Ungu Karmila
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Penerbit : Alaf21 Sdn. Bhd.
Harga : RM19.90

Ia makan untuk hidup tetapi ia tak pernah minum

` Sentuhan terbaru Ramlee Awang Murshid yang pasti akan membuatkan pembaca terutama peminat novel thriller sukar melepaskan naskah ini. Olahan bermula dari plot pertama hingga ke akhir sentiasa mengundang debaran di dada dan mengusik emosi. Ungu Karmila mampu membawa saya untuk terus ‘mengembara’ hingga ke penghujung cerita.

` Namun begitu, dalam ‘pengembaraan’ yang penuh debar dan cemas itu, berlaku beberapa kesilapan yang menimbulkan tanda tanya…mungkin penulis atau editor terlepas pandang tentang kesilapan itu…antaranya :

Kesilapan pertama :

~ Muka surat 6- Pinggir Kuala Lumpur (perenggan ke 2); wanita berkulit hitam manis, berhidung mancung dan bermata bundar ini sudah lama mengalami kesakitan sejak belum berkahwin dengan Arif. [itu adalah gambaran tentang Karmila]

~ Muka surat 7- baris ke 6; Karmila cantik dan berkulit putih melepak (gambaran tentang Karmila juga]

Persoalannya: yang mana satu betul? Hitam manis atau putih melepak?

Kesilapan kedua :

~ Muka surat 203- Seketika, imbauannya melambung mengingati perbualannya dengan Kamarul ketika sedang duduk-duduk di atas bumbung flat beberapa malam yang lalu. [nya- merujuk kepada Dino]

Imbas kembali

Bado senang mendengar impian Kamarul yang serba kekurangan itu…

Persoalannya: sebelum tu Dino yang teringat perkara yang lama tapi bila imbas kembali, Bado pulak yang teringat…macam mana tu?

Kesilapan ketiga :

~ Muka surat 303- “Kau akan jadi ketua, Bado,” bisik Kamarul… “Kau juga akan kena kemudian, Kamarul,” Bado sengaja memeluk Kamarul lalu membisikkan ancaman itu………Manakala di satu sudut..Winda dan Kamarul sedang membisikkan sesuatu. Mereka dapat meneka sesuatu bersifat dendam telah mempengaruhi Bado. Cuma mereka tidak memahami duduk perkara sebenar. “Musuh lama Bado ke?” bisik Rosli. “Tengok reaksi dia… macam tulah.” Winda membisikkan suara hampir dengan cuping telingan Rosli.

Persoalannya: takkan Winda berbisik dengan Kamarul sebab Kamarul baru je lepas cakap dengan Bado. Mungkin penulis nak tulis Winda berbisik dengan Rosli kot..kalau begitu barulah betul bila Rosli tanya “Musuh lama Bado ke?” pada Winda…

Kesilapan keempat :

~ Muka surat 496- ia berkaitan dengan perbualan antara Dr. Ismadi dan Arafat di muka surat 495. “Itu andaian saya saja.” Kata Arif. “Memang Arif yang bunuh Karmila dan Jainab?” bisik Arafat.

Persoalannya: Kenapa kata Arif pulak…Arif kan dah mati…sebenarnya dialog ni --->“Itu andaian saya saja.”<--- diucapkan oleh Dr. Ismadi. ` Apa pun kesilapan itu tak ‘membantut’kan pengembaraan saya…Cuma saya harap next time RAM serta penulis lain berhati-hati agar tak jadi macam persoalan yang saya timbulkan di atas. ` Dalam UK yang penuh misteri ini, diselitkan juga nasihat yang berguna untuk semua…dalam UK juga mengingatkan kita bahawa kita perlu percaya kepada kuasa Allah s.w.t. Apa yang terjadi bukan saja-saja terjadi tetapi ada penyebabnya dan apa yang terjadi itu sebagai ingatan kepada kita bahawa Allah s.w.t ada disamping kita sentiasa untuk membantu kita… ` Tahniah buat RAM dan selamat membaca kepada peminat novel especially peminat novel thriller.

Qaseh Qaisy

Tajuk : Qaseh Qaisy
Penulis : Ramlah Rasyid
Penerbit : Buku Prima Sdn. Bhd.
Harga : RM19.90

Bukan mudah memadam kenangan semalam, tidak semudah melewati kebahagian yang berlalu.

Qaseh Qaisykisah tentang keperitan yang terpaksa dilalui oleh Tengku Iskandar tatkala mahu mempertahankan cintanya pada Qhalida Qaseh apabila darjat menjadi ukuran dan pengorbanan Qhalida Qaseh dalam membuktikan cintanya pada Tengku Iskandar.

` sebuah novel yang santai…bahasa yang mudah fahami…macam kisah cinta biasa yang sering dijadikan tema oleh penulis lain cuma yang membezakannya, QQ adalah kisah cinta antara dua darjat. Kurang menyengat tapi masih ada part yang ‘masuk jiwa’, juga masih ada part ‘air mata’…maklum ajelah novel cinta.

` boleh dibaca dan dijadikan koleksi peribadi. Tahniah kepada penulis…selamat menulis.